Hearty

Lullabies of devotion to salvation

Underneath Edition: I am no real September 7, 2007

Filed under: Hati,Islam,Muhasabah,Underneath Edition — Sheha @ 10:23 pm

I give up. I give up my ignorance, my negligence and all those stupid things I ever did. I want to stop pretending as if I’m blind or deaf, in fact I can’t, I can’t anymore, I’ve lost that ability. Yet I am still the same person, with the same character, the same personality, the way I speak hasn’t change a bit, neither do the way I treat people. What change for sure is how I view life, looking at things in different perspective. I want to be real and I want to stick with those who real. I want to keep everything real in every possible way. I really do. Because I feel so tired of forcing my mind to keep consuming lies by saying that everything I did was okay while deep inside I know it wasn’t. It never was.

And what’s really REAL is so obvious, it’s there, revealed 14 hundreds years ago. (more…)

 

Kita dan sebuah harga Ogos 18, 2007

Filed under: Hati,Muhasabah — Sheha @ 2:19 am

Sebenarnya kita ingin lepas semua
Tapi tak guna bermusuhkan dunia
Kerana itu janganlah membazir mahu
Memang benar bukan semua kita tahu
Apa untungnya yang terkubur diselongkari?
Sampai waktunya akan sia-sia juga nanti

Biar bagaimana lidah menikam bahasa
Takkan hati tegar membelah senada
Usahlah lagi yang kaku disangka palsu
Siapa tahu memilih bisu sampai perlu
Bukankah ini cuma angkara emosi?
Selalu datangnya tak mahu pergi

Demi negeri itu dan sebuah harga
Marilah berlalu lupakan berkira
Sedaya melangkah setia menuju
Kerana yang tinggal kini bukan dulu
Dan tak bolehkah lagi saling mengerti?
Putuskanlah tapi tamatkanlah nafi


Demi negeri itu dan sebuah harga

Untuk semua hamba Allah yang sedang berselisih faham sama ada antara adik beradik, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, musuh dengan seteru, satu kaum dengan kaum yang lain, serta mana-mana pihak yang sewaktu dengannya.

 

Bukan lagi dia Ogos 14, 2007

Filed under: Emosi,Hati,Muhasabah — Sheha @ 7:16 am

Pergi kau jauh dariku
Aku amat benci pada kehinaanmu
Aku tak sanggup lagi kau mengganggu
Mengapa kau masih tegar menyiksaku?
Tiada lagi gua untuk aku melindungi kalbu
Tiada lagi damai di atas pentas dunia biru
Semua hanya kerana zalimnya aku dulu
Pergi engkau membawa dirimu
Pergilah gelap dari silamku

Nyah engkau dari sisi
Aku tidak memerlukan engkau lagi
Aku lebih selesa tanpa engkau disini
Bila mungkin kan kau tinggalkan diriku ini?
Supaya aku lebih senang dengan sepi
Merasa nikmat meredhai dan mensyukuri
Berlapang dada serta terang hati
Nyah engkau jangan rapati lagi
Nyahlah segala cinta duniawi


Bila awan berarak meninggalkan bulan yang mengambang terang, aku bukan lagi dia (From the balcony of my house in Kajang 30/07/07-5.28AM).

Sambil lalu:
Download atau dengar tafsir Al-Quran dari Radio IKIM.fm kat sini.
Download ceramah bertenaga Imam Siraj Wahaj, American imam.

 

Angin laut api langit Ogos 1, 2007

Filed under: Hati,Motivasi,Muhasabah — Sheha @ 4:28 am

Sampai bila mahu berdiri seperti lalang?
Selesa bertuhankan angin, tak mahu berpaling
Adakah menunggu dicantas saat kian kering?
Jangan pula nanti diharap pertolongan angin
Cuma berarak lalu membawa dingin

Siapa tak pernah dipaling dari lurusnya jalan diturut?
Memang laut ujian takkan pernah surut
Tak guna hanya bersungut, selalu berkerut
Menangisi setiap kemelut
Apa akhirnya dipungut?

Turutkan panas si hati akan dibakar nyalaan marah
Turuti emosi mata yang putih berkaca sedih
Sanggupkah ditewas askar-askar jerih?
Biar cuma Tuhan saja yang menyaksikan pedih
Jangan sampai dikalahkan letih

Ketika impian ditinggal semata sementara selesa
Relakah dilupakan indah serinya langit jaya?
Jangan disangka akan cukup usia si masa
Beranilah menatap mata kebenaran Esa
Akan sampai jua ke negeri dirindui sekian lama

Looking up to sky from the mini garden inside Computer Science/Business block on the graduation day 2007

Sambil lalu:
Jom download video dengan Mozilla add-on ni.
Download koleksi nasyid best secara borong kat sini.

 

Demi doa Julai 25, 2007

Filed under: Doa,Hati,Muhasabah — Sheha @ 12:10 am

Dia telah perkenankan semuanya
Setiap seribu, tak tinggal walau satu
Kerana itu kecintaaku tak berkekalan
Dan aku sendiri, selesa dengan sunyi
Sebab itu aku dibebani ujian
Dan aku lelah, tak rela ku biarkan lemah
Kerana itu aku dihujani kesempitan
Dan aku resah, masih aku rasakan susah

Maka Tuhan, demi doaku terimalah tawakal ini
Atas perjanjian kasihMu aku berseru
Telah putus harapanku selain dariMu
Sungguh malu aku bersimpuh hanya untukku
Dengan harapan diterima diriku yang hina
Supaya selamat berdiri menempuhi duri
Tenang dan redha serta cekal hati
Tidak berputus asa pada rahmat Ilahi

– La haula wala kuwwata illah billah –

 

Epilog sebuah perjalanan Julai 24, 2007

Filed under: Emosi,Hati,Motivasi — Sheha @ 10:01 pm

Hari ini mereka ketawa kali pertamanya
Derita lalu pula terasa lucu
Alangkah baiknya jika benar memang begitu
Kerana sememangnya aku mahu
Merasakan perasaan yang satu itu
Tawa mereka itu sebisa racun di hatiku
Mengapa disebalik ucapan tahniah itu
Tidak aku rasa nikmat keriangan mereka
Sendu dan sayu pula yang aku derita
Pun begitu tidak pernah aku duga
Bijak pula jabat tanganku menyembunyikannya

Sesungguhnya aku mahu menyaksikan semuanya
Setiap perisa emosi yang terlintas di sudut perasaan mereka
Agar dapat aku abadikan segala-galanya
Untuk coretan jiwaku yang kosong
Buat penawar semangatku yang telah lama luntur
Sebagai kayu api penunu cita-citaku yang dilupa
Biarlah mereka ketawa hari ini
Supaya ada cerita kemenangan yang dapat dikenang
Biarlah pula aku menangis hari ini
Supaya ada kisah pengorbanan yang dapat diteladan
Hari ini adalah bukti adanya akhir perjalananku ini

Good luck in your future undertakings seniors!
To: Rika, Parames, Fatin, Ruwaydah, Khairul, George, Khine, Shidi, Henry & all CSITs

Graduation 2007

Epilog Sebuah Perjalanan
(21/07/07 – 11:30PM)

 

H.A.T.I. (Hoping. Admitting. Thinking. Imagining.) Julai 3, 2007

Filed under: Emosi,Hati,Muhasabah — Sheha @ 7:47 am

Masih selesa bermenung disitu
Mahu dilupa hala dan tuju
Tak sanggup menahan beban itu, keliru
Patutkah aku lari dari sini
Atau aku harus berhenti
Seakan tak siapa mengerti
Tapi sebenarnya aku memang sendiri

Apa yang ku cari lagi
Adakah lagi yang lebih bererti
Beribu nafas membawa diri
Seperti tak akan sampai detik itu
Sememangnya cuma Tuhan yang tahu
Dan aku terus bermimpi lagi disini
Tapi sebenarnya aku tak suka begini

Bila waktu kian cemburu
Masih disitukah aku termanggu
Tetap pura-pura mengerti
Kenapa tak mahu mengakui
Tuhan, jangan Kau redhakan jahilku ini
Adilkah aku dibiarkan sendiri
Tapi sebenarnya ku pasti Kau lebih mengetahui

Sepudar warna hidupku ini
Benarkah akhirnya akan seperti pelangi
Seharum bunga cita-cita keluargaku
Pastikah akan kembang ditanganku nanti
Sepahit rasa kisah silamku dulu
Layakkah ditanya akan ada rinduku lagi
Tapi sebenarnya aku tak pernah mahu melupai

Sungguh tak mampu aku berahsia lagi
Tidak pula pasti untuk melepaskan percaya ini
Memang aku jemu cuma bertemankan aku
Tak pernah nyenyak lagi aku beradu, pun begitu
Tuhan, Kau sembunyikan murkaMu dalam keasyikkan
Walau tidak pula rela manisnya dunia aku tinggalkan
Tapi sebenarnya aku masih ingin diriku Kau cukupkan