Hearty

Lullabies of devotion to salvation

Bukan lagi dia Ogos 14, 2007

Difailkan di bawah: Emosi, Hati, Muhasabah — Sheha @ 7:16 am

Pergi kau jauh dariku
Aku amat benci pada kehinaanmu
Aku tak sanggup lagi kau mengganggu
Mengapa kau masih tegar menyiksaku?
Tiada lagi gua untuk aku melindungi kalbu
Tiada lagi damai di atas pentas dunia biru
Semua hanya kerana zalimnya aku dulu
Pergi engkau membawa dirimu
Pergilah gelap dari silamku

Nyah engkau dari sisi
Aku tidak memerlukan engkau lagi
Aku lebih selesa tanpa engkau disini
Bila mungkin kan kau tinggalkan diriku ini?
Supaya aku lebih senang dengan sepi
Merasa nikmat meredhai dan mensyukuri
Berlapang dada serta terang hati
Nyah engkau jangan rapati lagi
Nyahlah segala cinta duniawi


Bila awan berarak meninggalkan bulan yang mengambang terang, aku bukan lagi dia (From the balcony of my house in Kajang 30/07/07-5.28AM).

Sambil lalu:
Download atau dengar tafsir Al-Quran dari Radio IKIM.fm kat sini.
Download ceramah bertenaga Imam Siraj Wahaj, American imam.

 

Angin laut api langit Ogos 1, 2007

Difailkan di bawah: Hati, Motivasi, Muhasabah — Sheha @ 4:28 am

Sampai bila mahu berdiri seperti lalang?
Selesa bertuhankan angin, tak mahu berpaling
Adakah menunggu dicantas saat kian kering?
Jangan pula nanti diharap pertolongan angin
Cuma berarak lalu membawa dingin

Siapa tak pernah dipaling dari lurusnya jalan diturut?
Memang laut ujian takkan pernah surut
Tak guna hanya bersungut, selalu berkerut
Menangisi setiap kemelut
Apa akhirnya dipungut?

Turutkan panas si hati akan dibakar nyalaan marah
Turuti emosi mata yang putih berkaca sedih
Sanggupkah ditewas askar-askar jerih?
Biar cuma Tuhan saja yang menyaksikan pedih
Jangan sampai dikalahkan letih

Ketika impian ditinggal semata sementara selesa
Relakah dilupakan indah serinya langit jaya?
Jangan disangka akan cukup usia si masa
Beranilah menatap mata kebenaran Esa
Akan sampai jua ke negeri dirindui sekian lama

Looking up to sky from the mini garden inside Computer Science/Business block on the graduation day 2007

Sambil lalu:
Jom download video dengan Mozilla add-on ni.
Download koleksi nasyid best secara borong kat sini.