Pergi kau jauh dariku
Aku amat benci pada kehinaanmu
Aku tak sanggup lagi kau mengganggu
Mengapa kau masih tegar menyiksaku?
Tiada lagi gua untuk aku melindungi kalbu
Tiada lagi damai di atas pentas dunia biru
Semua hanya kerana zalimnya aku dulu
Pergi engkau membawa dirimu
Pergilah gelap dari silamku
Nyah engkau dari sisi
Aku tidak memerlukan engkau lagi
Aku lebih selesa tanpa engkau disini
Bila mungkin kan kau tinggalkan diriku ini?
Supaya aku lebih senang dengan sepi
Merasa nikmat meredhai dan mensyukuri
Berlapang dada serta terang hati
Nyah engkau jangan rapati lagi
Nyahlah segala cinta duniawi
Sambil lalu:
Download atau dengar tafsir Al-Quran dari Radio IKIM.fm kat sini.
Download ceramah bertenaga Imam Siraj Wahaj, American imam.

Salaam alaikum, kaifa haaluki?? Harap anti tenang dan sihat sokmo. Di sini ana nak perkenalkan pada anti blog sorang kawan ana, dia pun perempuan, sila2 jenguk dan bersahabat dengan dia yer.
http://alkauthar.blogspot.com
Ma’assalamah
