Sampai bila mahu berdiri seperti lalang?
Selesa bertuhankan angin, tak mahu berpaling
Adakah menunggu dicantas saat kian kering?
Jangan pula nanti diharap pertolongan angin
Cuma berarak lalu membawa dingin
Siapa tak pernah dipaling dari lurusnya jalan diturut?
Memang laut ujian takkan pernah surut
Tak guna hanya bersungut, selalu berkerut
Menangisi setiap kemelut
Apa akhirnya dipungut?
Turutkan panas si hati akan dibakar nyalaan marah
Turuti emosi mata yang putih berkaca sedih
Sanggupkah ditewas askar-askar jerih?
Biar cuma Tuhan saja yang menyaksikan pedih
Jangan sampai dikalahkan letih
Ketika impian ditinggal semata sementara selesa
Relakah dilupakan indah serinya langit jaya?
Jangan disangka akan cukup usia si masa
Beranilah menatap mata kebenaran Esa
Akan sampai jua ke negeri dirindui sekian lama
Sambil lalu:
Jom download video dengan Mozilla add-on ni.
Download koleksi nasyid best secara borong kat sini.

Salaam alaikum
Ooo komen ana sebelum ni x masuk ke sini eaa?? Agaknya dia masuk ke spam box hehe. Bagus2 teruskan usaha berkarya, karya yang dapat menusuk kalbu dan melembutkan hati besi waja
Ma’assalamah