Dia telah perkenankan semuanya
Setiap seribu, tak tinggal walau satu
Kerana itu kecintaaku tak berkekalan
Dan aku sendiri, selesa dengan sunyi
Sebab itu aku dibebani ujian
Dan aku lelah, tak rela ku biarkan lemah
Kerana itu aku dihujani kesempitan
Dan aku resah, masih aku rasakan susah
Maka Tuhan, demi doaku terimalah tawakal ini
Atas perjanjian kasihMu aku berseru
Telah putus harapanku selain dariMu
Sungguh malu aku bersimpuh hanya untukku
Dengan harapan diterima diriku yang hina
Supaya selamat berdiri menempuhi duri
Tenang dan redha serta cekal hati
Tidak berputus asa pada rahmat Ilahi
- La haula wala kuwwata illah billah -
Kau menangisi hidupmu,
Seolah tiada yang direstu,
Onak duri bagai sembilu,
Yang menghiris perit dikalbu…
Tadahkan tanganmu kepada-Nya,
Mintalah keampunan-Nya,
Kerna hanya pada-Nya,
Kau memohon kemaafan dari-Nya…
ade doa buat anak di blogku, please come and give comment, tq
Salaam alaikum
Orang mukmin akan sentiasa diuji
itulah pesan nabi
semoga kita semua tahan diuji
dan semoga berbahagia di akhirat nanti
barokallhu lakum, wa taqabbalallahu minna wa minkum solehul a’maal, aamin
Best regards
Salaamun alaikum
Siapa suruh anta/ti letak link blog ana kat sini? Jangan!! Jangan tak letak , letak je laaa hehe Suspen tak?? Maaf kalau buat kamu kurang senang dengan ayat intro tadi
Ana ni saudara, nama ana Ahmad Nizam , salam ukhuwwah buat anta/ti. Ana jugak akan letak link blog hearty ni kat blog ana. Mahal puisi2 kat blog ini, dan ana harap anta/ti terus berkarya yang sebegini.
Ma’assalamah
Oopss lufer ana, terima kasih lah banyak2 atas link dan ziarah anda yer. Salaam