Hari ini mereka ketawa kali pertamanya
Derita lalu pula terasa lucu
Alangkah baiknya jika benar memang begitu
Kerana sememangnya aku mahu
Merasakan perasaan yang satu itu
Tawa mereka itu sebisa racun di hatiku
Mengapa disebalik ucapan tahniah itu
Tidak aku rasa nikmat keriangan mereka
Sendu dan sayu pula yang aku derita
Pun begitu tidak pernah aku duga
Bijak pula jabat tanganku menyembunyikannya
Sesungguhnya aku mahu menyaksikan semuanya
Setiap perisa emosi yang terlintas di sudut perasaan mereka
Agar dapat aku abadikan segala-galanya
Untuk coretan jiwaku yang kosong
Buat penawar semangatku yang telah lama luntur
Sebagai kayu api penunu cita-citaku yang dilupa
Biarlah mereka ketawa hari ini
Supaya ada cerita kemenangan yang dapat dikenang
Biarlah pula aku menangis hari ini
Supaya ada kisah pengorbanan yang dapat diteladan
Hari ini adalah bukti adanya akhir perjalananku ini
Good luck in your future undertakings seniors!
To: Rika, Parames, Fatin, Ruwaydah, Khairul, George, Khine, Shidi, Henry & all CSITs
Epilog Sebuah Perjalanan
(21/07/07 – 11:30PM)

Perjalanan bagai tiada penghujung,
Manusia melangkah mengharunginya,
Yang baik,yang buruk..semua ditempuhi,
Demi mencapai apa yang diingini…
Perjalanan yang penuh onak duri,
Oh!Itulah ranjau hidupmu kini,
Tercalit indah warna kehidupanmu,
Yang pasti,kau akan melangkah maju…