Hearty

Lullabies of devotion to salvation

H.A.T.I. (Hoping. Admitting. Thinking. Imagining.) Julai 3, 2007

Difailkan di bawah: Emosi, Hati, Muhasabah — Sheha @ 7:47 am

Masih selesa bermenung disitu
Mahu dilupa hala dan tuju
Tak sanggup menahan beban itu, keliru
Patutkah aku lari dari sini
Atau aku harus berhenti
Seakan tak siapa mengerti
Tapi sebenarnya aku memang sendiri

Apa yang ku cari lagi
Adakah lagi yang lebih bererti
Beribu nafas membawa diri
Seperti tak akan sampai detik itu
Sememangnya cuma Tuhan yang tahu
Dan aku terus bermimpi lagi disini
Tapi sebenarnya aku tak suka begini

Bila waktu kian cemburu
Masih disitukah aku termanggu
Tetap pura-pura mengerti
Kenapa tak mahu mengakui
Tuhan, jangan Kau redhakan jahilku ini
Adilkah aku dibiarkan sendiri
Tapi sebenarnya ku pasti Kau lebih mengetahui

Sepudar warna hidupku ini
Benarkah akhirnya akan seperti pelangi
Seharum bunga cita-cita keluargaku
Pastikah akan kembang ditanganku nanti
Sepahit rasa kisah silamku dulu
Layakkah ditanya akan ada rinduku lagi
Tapi sebenarnya aku tak pernah mahu melupai

Sungguh tak mampu aku berahsia lagi
Tidak pula pasti untuk melepaskan percaya ini
Memang aku jemu cuma bertemankan aku
Tak pernah nyenyak lagi aku beradu, pun begitu
Tuhan, Kau sembunyikan murkaMu dalam keasyikkan
Walau tidak pula rela manisnya dunia aku tinggalkan
Tapi sebenarnya aku masih ingin diriku Kau cukupkan

 

2 Responses to “H.A.T.I. (Hoping. Admitting. Thinking. Imagining.)”

  1. chibi Says:

    Mencari kebahgiaan dikala sunyi,
    Tiada berteman membawa diri,
    Kerna diri mahu dimengerti,
    Walau hadir hanyalah sepi…

    Mengapa kau termanggu?
    Mengapa kau membisu?
    Usah dibiarkan dirimu sayu,
    Kerna kau punyai teman..iaitu aku…

  2. [...] H.A.T.I. (Hoping, Admitting, Thinking, Imagining)  [...]


Leave a Reply